Wednesday, 21 January 2015

PENGENALAN SK BULUH NIPIS



SK Buluh Nipis ialah sebuah sekolah rendah di Kampung Buluh Nipis, Muadzam Shah, Pahang. Sekolah ini telah dibuka pada tahun 1976 dibawah pentadbiran JHEOA yang mana didirikan di seberang Sg Jeram tetapi tidak kekal lama dan ditutup 2 tahun kemudian.Jalan Perhubungan waktu itu hanya menggunakan bot untuk ke Kg.Aur atau ke Kuala Rompin yang memakan masa selama 2 hari. Kemudian pada pertengahan bulan April 1982 sekolah ini dibuka semula tetapi masih lagi di bawah seliaan dan pentadbiran JHEOA.Bangunan baru didirikan di tapak yang ada sekarang dan menempatkan seorang kakitangan sebagai tenaga pengajar.Murid-muridnya terdiri dari anak-anak orang asli suku kaum Jakun yang berada di sekitar kampung terdekat iaitu Kg Malau,Kg.Dong,Kg Mikang, Kg Saloh dan Kg Ganoh.

Jarak menuju ke SK BULUH NIPIS, jika anda dari simpang 4 gambang kuantan, ambil jalan ke segamat. di sana akan temui chini dan paloh hinai kira-kira 1 jam 30 minit untuk sampai ke muadzam shah. perjalanan bermula dari petronas muadzam shah - turun flyover ke Bukit Ibam dalam 30km. masuk selekoh ke kiri dengan label Kampong Aur sebelum sampai di masjid bukit ibam. dalam 3km terdapat simpang kanan menuju SK BULUH NIPIS dalam 6.5km...

mudah-mudah sedikit petunjuk akan memudahkan perjalanan anda.

No comments:

Post a Comment